12 Mei 2023-Jumaat, Kuching – Taklimat Kepenggunaan dan Penguatkuasaan KPDN kepada Biro Pemantauan Yayasan Pengguna Negara Malaysia, Wilayah Sarawak hari ini.
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan penguatkuasaan undang-undang dibawah bidang kuasa KPDN, pemantauan harga barangan keperluan harian dan aduan pengguna.
Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Ismail bin Abdul Aziz, Ketua Unit Konsumerisme Dan Kawalan Industri, KPDN Sarawak.
Turut hadir ialah Puan Jacqualine M Jagang, Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran dan Kewangan.
Leave a Reply