KUCHING | 24 Oktober 2024 – Seksyen Konsumerisme dan Kawalan Industri, Bahagian Penguat Kuasa, KPDN Sarawak telah mengadakan Program Advokasi Penguatkuasaaan Undang-Undang Di Bawah Seksyen Konsumerisme Dan Kawalan Industri (SKKI) dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023 bagi Daerah Kuching di Dewan Empurau, Suruhanjaya Syarikat Malaysia Kuching, Sarawak.
Advokasi diadakan untuk memberikan pendedahan kepada Pemain Industri berkaitan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023 yang diwartakan pada 2 Oktober 2023 dan telah berkuatkuasa pada 4 Jun 2024. “barang-barang tersedia bungkus” ertinya barang-barang tersedia bungkus dalam apa jua bentuk yang diisytiharkan oleh pemborong, pengilang, pengimport, atau pengeluar dalam ukuran luas, bilangan, panjang, berat dan isipadu.
Leave a Reply