Yayasan Pengguna Negara Malaysia, Wilayah Sarawak Sertai Program Training of Squad (TOS) 2025 Anjuran KPDN Sarawak
PROGRAM TRAINING OF SKUAD (TOS) TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Ybrs. Tuan
Jimmy Ling, Setiausaha Kerja YPNM Sarawak dan Tuan Pei Wei Shiung, Naib Pengerusi YPNM Kuching telah mewakili Yayasan Pennguna Negara Malaysia, Cawangan Sarawak menyertai Program tersebut.
KPDN mengadakan Program Training of Skuad(TOS) Tahun 2025 Peringkat Negeri Sarawak dan merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju Kementerian bagi tahun 2025.
Skuad Kita Pengguna (SKIP) dahulunya dikenali Hero Pengguna (HP) ditubuhkan dengan objektif yang sama namun telah ditambah baik bagi menyesuaikan peranan dan perkhidmatan mengikut perkembangan dan trend semasa masyarakat.
Skuad kita Pengguna (SKIP) dijenamakan semula bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan pengguna bijak yang berinformasi kepenggunaan, tahu hak dan berani untuk bertindak melalui saluran yang betul seperti membentuk komuniti pengguna yang berdaya upaya, menggalakkan kolaborasi Kementerian bersama sektor bukan kerajaan demi kepentingan pengguna, membantu melaksanakan program/aktiviti kepenggunaan, dan membantu dalam pomantauan dan melaporkan kepada Kementerian dengan saluran yang betul.
Program Training of Skuad (TOS) ini telah diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 30 Oktober 2025 (Khamis)
Tempat: The Waterfont Hotel, Kuching.
Leave a Reply